Kenaria Kondominium terletak di Taman Sri Kenari, Fasa 2, Sg. Ramal, Kajang, telah siap sepenuhnya pada Julai 2000. Merangkumi sebanyak 260 unit dalam 1 blok, Kenaria Kondo telah dibangunkan oleh TPPT Sdn Bhd.
Antara kemudahan yang disediakan untuk penghuni adalah kolam renang, gimnasium, kawasan permainan kanak-kanak dan tadika. Setiap unit mempunyai petak letak kereta tetap.
Untuk kawalan keselamatan, terdapat rumah pengawal di pintu masuk dan dua orang pengawal akan bertugas pada setiap masa. Lalu lintas pula dikawal dengan penggunaan kad akses yang dihadkan satu kad untuk setiap unit.

Kenaria Kondominium

Blok kondominium dan Rumah Kelab.

Rumah Pengawal.

Pagar masuk utama.

Pejabat Pengurusan.
1 comment:
Minta pihak pengurusan memikirkan bagaimana hendak menyusun semula petak-petak prakir dan menambahkanbilangannya lagi.
Pasti boleh dibuat!
Terima kasih.
Post a Comment