Tuesday, May 26, 2009

Sekapur Sireh


Sekapur Sireh
daripada
Pengerusi Perbadanan Kenaria Kondominium

Salam kepada warga Kenaria Kondo Taman  Sri Kenari, Kajang Selangor.

Alhamdullilah,bersyukur saya kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, dapat saya selaku pengerusi, sekali gus  mewakili ahli-ahli jawatankuasa Perbadanan Pengurusan Kenaria Kondo (MC)  bertemu dalam ruang laman blog  ini khusus kepada warga komuniti  Kenaria Kondo.

Penubuhan dan pembentukan Perbadanan Pengurusan Kenaria Kondo pada 10hb. November 2007 telah menjadi pemangkin  harapan kita untuk  memajukan dan memelihara satu suasana kediaman yang lebih efisyen serta berdaya saing dengan masyarakat sekeliling. Dengan pertukaran pengurusan harta dan bangunan dari pemaju TPPT Sdn Bhd kepada Jawatankuasa baru Perbadanan Pengurusan dikenali dengan  panggilan ringkasnya PPKK,  sedikit sebanyak telah merubahkan  sistem pentadbiran dimana segala pengurusan harta yang dahulunya diuruskan oleh TPPT yang melantik agennya  Domain Resources Sdn Bhd. sebagai pengurusan harta telah pun diselenggara sendiri oleh badan pengurusan PPKK.  Sehingga  pada tanggal 01hb. Febuari 2009 urusan pengurusan harta  100 % telah dikendalikan oleh PPKK sendiri dengan melantik agen yang  baru iaitu Asiah  & Associates.

Dengan penubuhan Perbadanan Pengurusan  Ahli Majlis Jawatankuasa yang dipilih pada AGM pertama telah diberi mandat untuk  mengelolakan dan bertanggungjawab mengurus dan menyelenggara harta bersama sebagaimana yang  dinyatakan dibawah seksyen 39,64 dan 64A Akta Hakmilik Strata 1985. 

Saya berharap dan berbesar hati supaya warga kondo dapat mengembelengkan tenaga dan usaha bersama-sama kami, bagi  menjaga harta serta memelihara kediaman kita dengan sempurna. Kami Ahli Majlis dengan sedaya kudrat yang ada berjanji akan menguruskan dengan penuh iltizam  serta berhemah dalam segala hal  demi pembangunan dan kemajuan kediaman kita bersama. Saya juga merayu supaya warga kondo dapat menunaikan tanggungjawap bersama dengan memantapkan kutipan Tabung Pengurusan Kewangan  supaya berada dalam paras yang selesa bagi Perbadanan tanpa menanggung masalah perbelanjaan demi mengekalkan tahap perkhidmatan yang lebih  unggul. 

Jika ada segala  kekurangan dan kelemahan dalam menguruskan Perbadanan ini atau  jika terdapat sebarang kesilapan atau kekurangan dalam mentadbir pengurusan kondo, ribuan kemaafan  kami mohonkan. Segala  teguran membina amatlah kami alu-alukan untuk membetulkan kepincangan demi meningkatkan tahap Pengurusan Perbadanan ini sesuai dengan Visi  :  Harta Kita Amanah Bersama dan Misi :  Kearah Menjadikan Kediaman Komuniti Kelas Pertama.

Sekian terima kasih.

Abdul Manaf b Debab
    
h/p:  013 – 3903285
kenariakondo@gmail.com

No comments: