
Sekapur Sireh
daripada
Pengerusi Perbadanan Kenaria Kondominium
Salam kepada warga Kenaria Kondo Taman Sri Kenari, Kajang Selangor.
Alhamdullilah,bersyukur saya kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, dapat saya selaku pengerusi, sekali gus mewakili ahli-ahli jawatankuasa Perbadanan Pengurusan Kenaria Kondo (MC) bertemu dalam ruang laman blog ini khusus kepada warga komuniti Kenaria Kondo.
Penubuhan dan pembentukan Perbadanan Pengurusan Kenaria Kondo pada 10hb. November 2007 telah menjadi pemangkin harapan kita untuk memajukan dan memelihara satu suasana kediaman yang lebih efisyen serta berdaya saing dengan masyarakat sekeliling. Dengan pertukaran pengurusan harta dan bangunan dari pemaju TPPT Sdn Bhd kepada Jawatankuasa baru Perbadanan Pengurusan dikenali dengan panggilan ringkasnya PPKK, sedikit sebanyak telah merubahkan sistem pentadbiran dimana segala pengurusan harta yang dahulunya diuruskan oleh TPPT yang melantik agennya Domain Resources Sdn Bhd. sebagai pengurusan harta telah pun diselenggara sendiri oleh badan pengurusan PPKK. Sehingga pada tanggal 01hb. Febuari 2009 urusan pengurusan harta 100 % telah dikendalikan oleh PPKK sendiri dengan melantik agen yang baru iaitu Asiah & Associates.
Dengan penubuhan Perbadanan Pengurusan Ahli Majlis Jawatankuasa yang dipilih pada AGM pertama telah diberi mandat untuk mengelolakan dan bertanggungjawab mengurus dan menyelenggara harta bersama sebagaimana yang dinyatakan dibawah seksyen 39,64 dan 64A Akta Hakmilik Strata 1985.
Saya berharap dan berbesar hati supaya warga kondo dapat mengembelengkan tenaga dan usaha bersama-sama kami, bagi menjaga harta serta memelihara kediaman kita dengan sempurna. Kami Ahli Majlis dengan sedaya kudrat yang ada berjanji akan menguruskan dengan penuh iltizam serta berhemah dalam segala hal demi pembangunan dan kemajuan kediaman kita bersama. Saya juga merayu supaya warga kondo dapat menunaikan tanggungjawap bersama dengan memantapkan kutipan Tabung Pengurusan Kewangan supaya berada dalam paras yang selesa bagi Perbadanan tanpa menanggung masalah perbelanjaan demi mengekalkan tahap perkhidmatan yang lebih unggul.
Jika ada segala kekurangan dan kelemahan dalam menguruskan Perbadanan ini atau jika terdapat sebarang kesilapan atau kekurangan dalam mentadbir pengurusan kondo, ribuan kemaafan kami mohonkan. Segala teguran membina amatlah kami alu-alukan untuk membetulkan kepincangan demi meningkatkan tahap Pengurusan Perbadanan ini sesuai dengan Visi : Harta Kita Amanah Bersama dan Misi : Kearah Menjadikan Kediaman Komuniti Kelas Pertama.
Sekian terima kasih.
Abdul Manaf b Debab
h/p: 013 – 3903285
kenariakondo@gmail.com