Wednesday, July 29, 2009

Sedikit peringatan untuk penduduk.

Perbadanan Pengurusan Kenaria Kondo mengharapkan kerjasama penduduk :

- Memelihara KUCING memang menyeronokkan tetapi jangan biarkan najisnya bertaburan.

- SAMPAH biarlah dibuang di dalam tong sampah, bukannya dibiarkan bersepah di merata tempat.

- Waktu kecemasan kita hanya KORIDOR & TANGGA untuk menyelamatkan diri, dari itu, biarlah ia berada dalam keadaan bersih dan selamat.

Marilah kita sama-sama menjaga kebersihan demi kesihatan & perpaduan penduduk Kenaria Kondo.

Thursday, July 2, 2009

Condo residents in misery over dry taps

The Star
Thursday July 2, 2009

Condo residents in misery over dry taps
By LIM CHIA YING


DRY taps and low water pressure at the Prima Midah Heights Condominiums at Taman Midah in Cheras, Kuala Lumpur, for four days since last Friday was the cause of inconvenience to the residents.

The people were frustrated and angry over the unwarranted misery they had to bear with, and afraid the situation may bring about unhygienic conditions.

The condominium draws water from the Sungai Midah reservoir and according to the residents, a pipe burst near the Phoenix Plaza last Thursday.

The condominium joint management committee (JMC) chairman Kok Lian Yee said many upset residents had called her to complain that their taps had run dry on Saturday.


Voicing out woes: The residents of Prima Midah Heights condominium at a meeting with officials from Syabas.
“Some residents have also accused the JMC of not servicing the pumps, and asking me to resign,” Kok said.

She said she only took over as chairman recently after she was elected at the annual general meeting (AGM) last month.

“I undertand their anger as I am also a resident here. We had to suffer inconveniences and were in misery for the last four nights in a row,” she said.

Kok said the water pressure at their place was usually around 20 pounds per square inch (psi) but the lowest it had dipped to was 12psi, according to the measurement of a handyman. On Tuesday, the pressure was recorded to be at 15psi.

“The units on the lower floors are fine today (Tuesday) but the upper floors housing the penthouses are still without water supply,” she said.

Kok said this was the first time that the condominium had experienced such a problem for so many days in a row. A similar water pressure problem occurred in May but was solved within 24 hours.

Building manager Kelvin Chong said the condominium comprised three blocks of 480 units and was occupied three and half years ago.

“In the current water disruption case, it is not just one or two homes that were affected. Although our maintenance fee collection has been good all the while, with between 80% and 90% payment, we don’t want to face a situation where people may not want to pay because of disrupted water supply,” Chong said.

Dr Jeffrey Goh, a special officer to the Federal Territories Minister and Syabas officials went to the site to hear out the residents.

Dr Goh said he had received calls from residents on Monday morning about the water supply disruption and was informed that Syabas had gone there on Saturday and Sunday to do remedial work.

“On Monday morning, one block of occupants had complained of no water and Syabas came to rectify the situation,” he said.

“I asked Syabas officials to check the water tank, which is usually at the 5m level when full but on Tuesday, it was only at the 1.85m level,” Dr Goh said.

Meanwhile, Syabas general manager (corporate communications and public affairs) Abdul Halem Mat Som said in a statement yesterday that there had been eight complaints lodged with the company between June 26 and 29 and that all the complaints had been attended to.

“We found that the low water pressure problem was due to a broken constant flow valve, causing lower volume of water to enter the suction tank. However, as a temporary measure, a short piece has been installed to replace the broken valve,” he said.

“The problem has been resolved and water supply restored.

“The repair to the constant flow valve will be carried out later as a permanent solution,” Halem said.

Dr Goh said in view of the dense population in Jalan 8 and Jalan 8A Taman Midah, he would ask Syabas to review whether there was a need to upgrade the water system in the area.

Voicing out woes: The residents of Prima Midah Heights condominium at a meeting with officials from Syabas.

Thursday, June 18, 2009

Pembinaan pondok menunggu.


Siap sepenuhnya.




Masih dalam pembinaan.

Penambahbaikan terbaru.



Garisan jalan di cat semula. Begitu juga dengan nombor-nombor unit. Namun masih ada nombor unit yang tidak bercat atau tidak siap di cat.



Lantai lif di pasangkan alas baru.

Tuesday, May 26, 2009

Sekapur Sireh


Sekapur Sireh
daripada
Pengerusi Perbadanan Kenaria Kondominium

Salam kepada warga Kenaria Kondo Taman  Sri Kenari, Kajang Selangor.

Alhamdullilah,bersyukur saya kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, dapat saya selaku pengerusi, sekali gus  mewakili ahli-ahli jawatankuasa Perbadanan Pengurusan Kenaria Kondo (MC)  bertemu dalam ruang laman blog  ini khusus kepada warga komuniti  Kenaria Kondo.

Penubuhan dan pembentukan Perbadanan Pengurusan Kenaria Kondo pada 10hb. November 2007 telah menjadi pemangkin  harapan kita untuk  memajukan dan memelihara satu suasana kediaman yang lebih efisyen serta berdaya saing dengan masyarakat sekeliling. Dengan pertukaran pengurusan harta dan bangunan dari pemaju TPPT Sdn Bhd kepada Jawatankuasa baru Perbadanan Pengurusan dikenali dengan  panggilan ringkasnya PPKK,  sedikit sebanyak telah merubahkan  sistem pentadbiran dimana segala pengurusan harta yang dahulunya diuruskan oleh TPPT yang melantik agennya  Domain Resources Sdn Bhd. sebagai pengurusan harta telah pun diselenggara sendiri oleh badan pengurusan PPKK.  Sehingga  pada tanggal 01hb. Febuari 2009 urusan pengurusan harta  100 % telah dikendalikan oleh PPKK sendiri dengan melantik agen yang  baru iaitu Asiah  & Associates.

Dengan penubuhan Perbadanan Pengurusan  Ahli Majlis Jawatankuasa yang dipilih pada AGM pertama telah diberi mandat untuk  mengelolakan dan bertanggungjawab mengurus dan menyelenggara harta bersama sebagaimana yang  dinyatakan dibawah seksyen 39,64 dan 64A Akta Hakmilik Strata 1985. 

Saya berharap dan berbesar hati supaya warga kondo dapat mengembelengkan tenaga dan usaha bersama-sama kami, bagi  menjaga harta serta memelihara kediaman kita dengan sempurna. Kami Ahli Majlis dengan sedaya kudrat yang ada berjanji akan menguruskan dengan penuh iltizam  serta berhemah dalam segala hal  demi pembangunan dan kemajuan kediaman kita bersama. Saya juga merayu supaya warga kondo dapat menunaikan tanggungjawap bersama dengan memantapkan kutipan Tabung Pengurusan Kewangan  supaya berada dalam paras yang selesa bagi Perbadanan tanpa menanggung masalah perbelanjaan demi mengekalkan tahap perkhidmatan yang lebih  unggul. 

Jika ada segala  kekurangan dan kelemahan dalam menguruskan Perbadanan ini atau  jika terdapat sebarang kesilapan atau kekurangan dalam mentadbir pengurusan kondo, ribuan kemaafan  kami mohonkan. Segala  teguran membina amatlah kami alu-alukan untuk membetulkan kepincangan demi meningkatkan tahap Pengurusan Perbadanan ini sesuai dengan Visi  :  Harta Kita Amanah Bersama dan Misi :  Kearah Menjadikan Kediaman Komuniti Kelas Pertama.

Sekian terima kasih.

Abdul Manaf b Debab
    
h/p:  013 – 3903285
kenariakondo@gmail.com

Thursday, May 14, 2009

Panduan Keselamatan - 10 Cara Cegah Kebakaran.






Panduan Keselamatan - Kebakaran.

Petikan berikut diambil daripada Portal Rasmi Bomba Pahang.


Kebakaran di Bangunan Kediaman Tinggi  
Thursday, 04 October 2007

Sekiranya anda tinggal disebuah pangsapuri atau rumah pangsa adalah wajar untuk anda mengetahui garis panduan keselamatan kebakaran yang berikut.


LIF
Jangan sekali-kali menggunakan lif semasa kebakaran kerana kemungkinan besar ianya tidak boleh digunakan. Sekiranya lif anda berhenti di tingkat yang terbakar, asap dan haba akan memasuki ruang lif dan anda mungkin terbunuh. Selain itu,anda mungkin terperangkap didalam lif disebabkan oleh bekalan elektrik terputus.

Anda hendaklah menggunakan tangga kerana ianya selamat. Tangga kecemasan direka bentuk untuk melindungi penghuni-penghuni ketika melepaskan diri semasa kebakaran.

 
TINDAKAN JIKA TERPERANGKAP
Sekiranya asap atau api menghalang laluan kecemasan anda, pintu serta tempat-tempat yang terbuka hendaklah ditutup bagi menghalang kemasukan api.

Sekiranya anda berada di tingkat dua atau lebih maka jangan sekali-kali terjun ke bawah melalui tingkap. Hubungilah pihak bomba dengan segera. Maklumkan kedudukan anda kepada pengawai bilik kawalan balai bomba. Jangan letakkan telefon sehingga mendapat kebenaran daripada pengawai bilik kawalan bomba.

Cuba dapatkan perhatian pasukan bomba dengan mengibarkan sehelai kain putih atau mengunakan cahaya lampu picit bagi mendapatkan perhatian.

Sekiranya tingkap boleh dibuka, buka sedikit di bahagian atas dan bahagian bawahnya. Dengan berbuat demikian udara bersih akan masuk melalui bawah dan asap akan keluar melalui bahagian atas tingkap yang telah di buka. Janga pecahkan tingkap. Jika asap masuk ke dalam bilik, tutup tingkap dengan segera.


KETAHUI KE ARAH MANA HENDAK DITUJU
Dalam sesetengah pangsapuri yang tinggi, tindakan paling selamat apabila terdengar loceng keselamatan berbunyi adalah dengan menunggu didalam pangsapuri anda sehingga pasukan Bomba sampai. Namun begitu, terdapat pangsapuri yang mempunyai pelan pengungsian bangunan yang memerlukan anda untuk pergi dan berkumpul ditempat yang selamat (safe zone) sehingga ketibaan pasukan bomba untuk mengawal tindakan pengungsian bangunan.

Adakah perbincangan dengan pihak pengurusan bangunan ataupun dengan Jabatan Bomba berhubung dengan perkara ini supaya anda tahu cara untuk bertindak lebih awal.

Pihak pengurusan bangunan anda mesti menampal pelan pengungsian bangunan pada tempat-tempat yang mudah dilihat oleh semua penghuni bangunan.


JIKA LOCENG PENGERA KECEMASAN BERBUNYI
Bagi tempat tinggal yang dilengkapi dengan penggera kebakaran, sekiranya anda terdengar loceng penggera kecemasan berbunyi di bangunan anda, patuhi arahan-arahan tersebut dan anda mungkin dimaklumkan supaya tidak panik.

Bergerak secara berhati-hati dengan memeriksa kepanasan setiap pintu yang anda temui serta kadar asap diruang tangga dan koridor. Sekiranya terdapat asap,cari jalan keluar yang lain.

Sekiranya anda gagal menemui jalan keluar yang lain, kembali semula ke bilik asal anda. Lindungilah diri anda daripada asap dan tunggu sehingga anda diselamatkan.

Semasa anda keluar, pastikan semua pintu di belakang anda di tutup bagi mengelakkan asap atau api merebak.

Sekiranya anda membuat keputusan untuk tidak keluar, ikutilah langkah-langkah keselamatan. Sentiasa berada dalam keadaan tenang serta lindungi diri anda daripada asap disamping menghubungi pihak bomba untuk memaklumkan kedudukan anda.

Kerja menyelamat mangsa di bangunan tinggi mungkin mengambil masa yang agak lama. Oleh itu, anda perlu tenang dan bersabar.
 

SENTIASA BERSEDIA
Biasakan diri anda dengan bunyi loceng kecemasan bangunan anda.

Kenalpasti kedudukan loceng kecemasan dibangunan serta cara untuk menggunakannya.

Ketahui sekurang-kurangnya dua jalan keluar untuk melepaskan diri termasuk tingkap-tingkap serta biasakan diri anda dengan semua jalan keluar.

Ketahui jalan terdekat menuju jalan pelepasan diri supaya anda mudah mencarinya walaupun dalam keadaan gelap.

Pilh satu tempat untuk berkumpul diluar bangunan supaya anda dan semua ahli keluarga berkumpul selepas keluar.

Monday, May 11, 2009

Laluan Pejalan Kaki Berbumbung - Update.

Laluan yang sudah siap dipasang jubin. Bumbung tambahan diletakkan untuk memudahkan penduduk menurunkan barang-barang atau penumpang walaupun pada waktu hujan. Rantai besi akan diletakkan supaya tiada kenderaan boleh diletakkan di bahagian berbumbung.
Untuk makluman semua, kedua-dua petak yg terlilbat adalah petak larangan meletak kenderaan. 



Wednesday, May 6, 2009

Update projek penambahbaik laluan pejalan kaki.

Gambar berikut di ambil pada lebih kurang pukul 12 tengah hari tadi. 





Tuesday, May 5, 2009

Penduduk kondo merungut.

LIM Lip Eng (tengah) melawat sebuah unit di Kondominium Amandari yang terbakar baru-baru ini dipercayai akibat litar pintas.

Petikan dari Arkib Utusan : 04/05/2009
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI

SEGAMBUT 3 Mei - Masalah penduduk yang tinggal di perumahan bertingkat dilihat tidak pernah selesai sama ada di kondominium, apartmen apatah lagi di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Isunya tetap sama iaitu kegagalan pemaju menyelenggara kemudahan di perumahan berkenaan dan keengganan penduduk membayar yuran penyelenggaraan kepada pemaju.

Masalah tersebut umpama main tarik tali antara kedua-dua pihak. Tiada yang mahu mengalah yang akhirnya membawa kepada sikap lepas tangan oleh pemaju dan salah-menyalahkan antara satu sama lain.

Masalah yang sama turut dilalui oleh 88 penghuni Kondominium Amandari di Taman Sri Sinar di sini yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pelbagai masalah yang dihadapi dan tuduhan kegagalan pemaju menyelenggara kemudahan di kondominium berkenaan.

Penduduk mendakwa, akibat kurang penyelenggaraan, tiga unit rumah di kondominium berkenaan hangus dijilat api dalam satu kebakaran berpunca daripada litar pintas baru-baru ini.

Anggota bomba terpaksa mengambil masa agak lama untuk memadamkan api yang marak kerana laluan ke kediaman tersebut terlalu sempit dan tekanan air terlalu rendah sehingga menyukarkan bomba untuk melakukan tugas mereka.

Bagi meninjau keadaan sebenar kediaman terbabit, Utusan Malaysia ke kawasan perumahan tersebut atas jemputan penduduk bersama Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Penduduk mendakwa kediaman bertingkat yang mewah itu juga banyak masalah termasuk isu penyelenggaraan.

Mereka turut mendakwa telah empat tahun membeli dan menginap di kondominium tersebut dan sepanjang tempoh itu, pelbagai kesukaran sudah dilalui.

Seorang penduduk yang ditemui, Ng Yee Kim, 28, berkata, dari luar, kondominium itu nampak cantik tetapi selama dia tinggal di kondominium berkenaan, pelbagai masalah timbul.

Ujarnya, antara masalah utama ialah kebocoran sistem saliran air di kawasan meletak kenderaan, penggera keselamatan dalam lif yang rosak, tiada kamera litar bertutup, rekahan dinding, kolam renang tidak diselenggara dan tiada pili bomba.

Jelasnya, kesemua masalah tersebut telah dilaporkan kepada pemaju namun sehingga kini keadaan tersebut masih berlarutan kerana pemaju mendakwa penduduk tidak membayar yuran penyelenggaraan.

"Masalah penduduk tidak membayar yuran penyelenggaraan memang diakui berlaku namun mengapa kami yang membayar pula yang menjadi mangsa.

"Seharusnya pemaju mengambil inisiatif dan tindakan kepada penduduk yang tidak membayar yuran berkenaan dan bukannya membiarkan masalah berkenaan berlarutan sehingga menyukarkan semua penduduk," katanya ketika ditemui di sini.

Seorang lagi penduduk yang ditemui, Kenny Pang, 38, melahirkan rasa kesal dengan pemaju apabila lambat mengambil tindakan terhadap masalah yang dilaporkan.

Jelasnya, walaupun beberapa kali laporan telah dibuat kepada mereka namun aduan tersebut umpama mencurahkan air ke daun keladi.

"Saya bukan hendak menyalahkan kesemua masalah yang berlaku kepada pemaju sahaja namun bagi hal-hal yang penting seperti kebocoran saluran air dan penggera keselamatan ia jelas sekali kesalahan pemaju dan ia melibatkan keselamatan kami yang tinggal di kawasan ini.

Difahamkan, kediaman tersebut telah memperoleh hak milik strata tetapi penduduk enggan menandatangani sehingga segala masalah di perumahan berkenaan diselesaikan oleh pemaju.


Petikan The Star 5 Mei 2009
Condo residents jittery after blaze
By CHRISTINA LOW

IT WAS a near miss that residents of the Amandari Condominium at Segambut in Kuala Lumpur will not forget easily, and they are now living in fear of a fire outbreak.

Lightning struck three units recently, causing a fire and the residents now feel jittery each time there is a thunderstorm and flashes of lightning in the sky.

But the real risk during the fire last week was when the firemen arrived and had a hard time driving the fire engine through the condominium’s main entrance.

Precious time was wasted as the fire engine had to squeeze through the gate.

The residents want the developer to ensure that the two condominium blocks are safe, particularly with arrester rods in working condition and ensuring the easy accessibility of rescue vehicles such as fire engines.

The residents raised the issue at a meeting with Azmal Shah, an official of the developer Sheyher Development Sdn Bhd. The meeting was arranged by Segambut MP Lim Lip Eng,


Scene of devastation: One of the three damaged units that were hit by the fire.
On the fateful day when the fire broke out, neighbouring residents who heard the loud bang rushed out of their homes but did not realise that a fire had broken out.

According to resident K.P. Tiam, it was the foreign workers from the construction site opposite the condominium who saw the fire and alerted them by shouting.

Tiam said the residents then called the fire and rescue services department which promptly sent a fire fighting team in a fire engine, but they had a hard time struggling to get past the narrow main entrance.

“Much precious time was wasted as the fire engine had to squeeze its way through the gate,” he said.

“The condominium developer should do something about the entrance and exit points because during an emergency, getting to the problem area fast is essential to protect life and property,” Tiam said.

In addition to the lightning and fire risk, residents of the four-year old condominium also have a bagful of complaints to highlight.

“We have been suffering from water leakages and our walls are cracking.” said Ng Yee Kim, 28.

Ng said she had been diligently paying her maintenance fees, but when she lodged a complaint on her unit with the developer, the company just ignored her.

“I keep reminding the company about the problem but no action has been taken to rectify the situation,” said Ng, who then decided to stop paying her maintenance fees from January this year.

According to Azmal, the residents of the two blocks owed the company more than RM240,000 in maintenance fees. “Sometimes, we manage to collect about 50% of the maintenance fees from the 88 units, but there are times when we only have about 30% to 40%,” Azmal said. He blamed the residents for not taking the initiative to attend meetings organised by the developer, saying that usually only about 20% of them were present.

Azmal said some units had gone through various renovations and rectifications which might be the cause of the leaking problem and other defects, but a thorough check had to be conducted.

Asked about the fire incident, Azmal said the company was still waiting for the full report from the fire and rescue services department which would take about two weeks.

He also said if the residents were not satisfied with the developer, they should perhaps ask the housing tribunal to mediate on the matter.

Meanwhile, Lim said he had discussed the matter with the developer last year when he visited the area but the situation had not changed much since then.

Lim said he understood that the developer needed to collect at least 70% of maintenance fees monthly for works on the building, but he did not blame the residents for not wanting to pay as their complaints were not attended to.

“I have discussed with the developer urging the company to rectify certain parts of the condominium first to let the residents know that there is value for their money,” he said.

“Once residents see that things are being done, I am sure they will pay their fees,” Lim said.

Lim said he would wait for the report from the fire and rescue service department to discover the cause of the incident, especially with regard to the safety of the two blocks.

Sunday, May 3, 2009

Penambahan dan baikpulih.

Sejak penubuhan Perbadanan Pengurusan Kenaria Kondo, beberapa projek penambahan dan baikpulih telah dilakukan untuk menambahbaik fasiliti bagi kemudahan penduduk. Projek-projek tersebut dibiayai menggunakan tabungan dari kutipan yuran penyelenggaraan bulanan dan sinking funds.

Projek-projek yang telah selesai antaranya :

Meletakkan tiang penghadang jalan untuk mengawal kemasukan motor-motor yang tidak mempunyai pelekat khas kenderaan.




Memasang rantai besi di kawasan meletak motor untuk memudahkan penunggang motor meletak kenderaan masing-masing.



Memasang CCTV di beberapa hotspot untuk tujuan keselamatan penduduk.


Projek yang sedang berjalan :




Menurap kawasan pejalan kaki dan memanjangkan bumbung sehingga ke petak
kosong supaya penduduk mudah menurunkan penumpang atau barang walaupun ketika waktu hujan. Permukaan akan diratakan dan diletakkan jubin. 
Dijangka siap pada pertengahan Mei 2009.


Kemudahan-kemudahan tersedia.



Kawasan permainan kanak-kanak.


Kolam renang dewasa & kanak-kanak.



Designated car park.



Tadika Kenaria.


Gimnasium.

Kenaria Kondominium.

Kenaria Kondominium terletak di Taman Sri Kenari, Fasa 2, Sg. Ramal, Kajang, telah siap sepenuhnya pada Julai 2000. Merangkumi sebanyak 260 unit dalam 1 blok, Kenaria Kondo telah dibangunkan oleh TPPT Sdn Bhd

Antara kemudahan yang disediakan untuk penghuni adalah kolam renang, gimnasium, kawasan permainan kanak-kanak dan tadika. Setiap unit mempunyai petak letak kereta tetap. 

Untuk kawalan keselamatan, terdapat rumah pengawal di pintu masuk dan dua orang pengawal akan bertugas pada setiap masa. Lalu lintas pula dikawal dengan penggunaan kad akses yang dihadkan satu kad untuk setiap unit.


Kenaria Kondominium

Blok kondominium dan Rumah Kelab.

Rumah Pengawal.

Pagar masuk utama.

Pejabat Pengurusan.

Mengenai Perbadanan Pengurusan Kenaria Kondo.


Berdasarkan penetapan Akta Hak Milik Strata 1985 (amendment) Akta 2007, Perbadanan Pengurusan Kenaria kondo telah ditubuhkan pada 30 Jun 2007 dan didaftarkan oleh Pendaftar Hak Milik di Pejabat Tanah. Manakala Ahli-ahli Majlis yang dilantik pada tarikh tersebut merupakan pemilik berdaftar Kenaria Kondominium.

Ahli-ahli Jawatankuasa Perbadanan Pengurusan Kenaria Kondo.

Pengerusi :
En. Abdul Manaf bin Debab

Naib Pengerusi : 
En. Iszam Bin Padil

Bendahari : 
En. Azlan Bin Chamangai

AJK : 
En. Saiful Bin Kamaruddin
Cik Tan Wooi Nee
Pn. Hasmiyanti Binti Hamidi
Pn. Durra Binti Mohamed Jamri
En. Mohd Hamzah Belenko Abdullah
En. Shaheran Bin Abd Shukor

Mulai Januari 2009, PPKK mengadakan mesyuarat bulanan untuk melancarkan operasi dan pengurusan Kenaria Kondominium. PPKK juga telah melantik beberapa kontraktor untuk mengendali sebahagian besar operasi pengurusan. Berikut adalah senarai kontraktor utama yang telah dilantik :
  • Agen Pengurusan
    Asiah & Associates (V(3)0017)
    Registered Valuer, Property Consultant, Property Manager

  • Landscaping
    Sue Services (001803787-D)

  • Kawalan Keselamatan
    G.T. Security Services Sdn. Bhd. (456773-P)