Wednesday, July 29, 2009

Sedikit peringatan untuk penduduk.

Perbadanan Pengurusan Kenaria Kondo mengharapkan kerjasama penduduk :

- Memelihara KUCING memang menyeronokkan tetapi jangan biarkan najisnya bertaburan.

- SAMPAH biarlah dibuang di dalam tong sampah, bukannya dibiarkan bersepah di merata tempat.

- Waktu kecemasan kita hanya KORIDOR & TANGGA untuk menyelamatkan diri, dari itu, biarlah ia berada dalam keadaan bersih dan selamat.

Marilah kita sama-sama menjaga kebersihan demi kesihatan & perpaduan penduduk Kenaria Kondo.

Thursday, July 2, 2009

Condo residents in misery over dry taps

The Star
Thursday July 2, 2009

Condo residents in misery over dry taps
By LIM CHIA YING


DRY taps and low water pressure at the Prima Midah Heights Condominiums at Taman Midah in Cheras, Kuala Lumpur, for four days since last Friday was the cause of inconvenience to the residents.

The people were frustrated and angry over the unwarranted misery they had to bear with, and afraid the situation may bring about unhygienic conditions.

The condominium draws water from the Sungai Midah reservoir and according to the residents, a pipe burst near the Phoenix Plaza last Thursday.

The condominium joint management committee (JMC) chairman Kok Lian Yee said many upset residents had called her to complain that their taps had run dry on Saturday.


Voicing out woes: The residents of Prima Midah Heights condominium at a meeting with officials from Syabas.
“Some residents have also accused the JMC of not servicing the pumps, and asking me to resign,” Kok said.

She said she only took over as chairman recently after she was elected at the annual general meeting (AGM) last month.

“I undertand their anger as I am also a resident here. We had to suffer inconveniences and were in misery for the last four nights in a row,” she said.

Kok said the water pressure at their place was usually around 20 pounds per square inch (psi) but the lowest it had dipped to was 12psi, according to the measurement of a handyman. On Tuesday, the pressure was recorded to be at 15psi.

“The units on the lower floors are fine today (Tuesday) but the upper floors housing the penthouses are still without water supply,” she said.

Kok said this was the first time that the condominium had experienced such a problem for so many days in a row. A similar water pressure problem occurred in May but was solved within 24 hours.

Building manager Kelvin Chong said the condominium comprised three blocks of 480 units and was occupied three and half years ago.

“In the current water disruption case, it is not just one or two homes that were affected. Although our maintenance fee collection has been good all the while, with between 80% and 90% payment, we don’t want to face a situation where people may not want to pay because of disrupted water supply,” Chong said.

Dr Jeffrey Goh, a special officer to the Federal Territories Minister and Syabas officials went to the site to hear out the residents.

Dr Goh said he had received calls from residents on Monday morning about the water supply disruption and was informed that Syabas had gone there on Saturday and Sunday to do remedial work.

“On Monday morning, one block of occupants had complained of no water and Syabas came to rectify the situation,” he said.

“I asked Syabas officials to check the water tank, which is usually at the 5m level when full but on Tuesday, it was only at the 1.85m level,” Dr Goh said.

Meanwhile, Syabas general manager (corporate communications and public affairs) Abdul Halem Mat Som said in a statement yesterday that there had been eight complaints lodged with the company between June 26 and 29 and that all the complaints had been attended to.

“We found that the low water pressure problem was due to a broken constant flow valve, causing lower volume of water to enter the suction tank. However, as a temporary measure, a short piece has been installed to replace the broken valve,” he said.

“The problem has been resolved and water supply restored.

“The repair to the constant flow valve will be carried out later as a permanent solution,” Halem said.

Dr Goh said in view of the dense population in Jalan 8 and Jalan 8A Taman Midah, he would ask Syabas to review whether there was a need to upgrade the water system in the area.

Voicing out woes: The residents of Prima Midah Heights condominium at a meeting with officials from Syabas.

Thursday, June 18, 2009

Pembinaan pondok menunggu.


Siap sepenuhnya.




Masih dalam pembinaan.

Penambahbaikan terbaru.



Garisan jalan di cat semula. Begitu juga dengan nombor-nombor unit. Namun masih ada nombor unit yang tidak bercat atau tidak siap di cat.



Lantai lif di pasangkan alas baru.

Tuesday, May 26, 2009

Sekapur Sireh


Sekapur Sireh
daripada
Pengerusi Perbadanan Kenaria Kondominium

Salam kepada warga Kenaria Kondo Taman  Sri Kenari, Kajang Selangor.

Alhamdullilah,bersyukur saya kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, dapat saya selaku pengerusi, sekali gus  mewakili ahli-ahli jawatankuasa Perbadanan Pengurusan Kenaria Kondo (MC)  bertemu dalam ruang laman blog  ini khusus kepada warga komuniti  Kenaria Kondo.

Penubuhan dan pembentukan Perbadanan Pengurusan Kenaria Kondo pada 10hb. November 2007 telah menjadi pemangkin  harapan kita untuk  memajukan dan memelihara satu suasana kediaman yang lebih efisyen serta berdaya saing dengan masyarakat sekeliling. Dengan pertukaran pengurusan harta dan bangunan dari pemaju TPPT Sdn Bhd kepada Jawatankuasa baru Perbadanan Pengurusan dikenali dengan  panggilan ringkasnya PPKK,  sedikit sebanyak telah merubahkan  sistem pentadbiran dimana segala pengurusan harta yang dahulunya diuruskan oleh TPPT yang melantik agennya  Domain Resources Sdn Bhd. sebagai pengurusan harta telah pun diselenggara sendiri oleh badan pengurusan PPKK.  Sehingga  pada tanggal 01hb. Febuari 2009 urusan pengurusan harta  100 % telah dikendalikan oleh PPKK sendiri dengan melantik agen yang  baru iaitu Asiah  & Associates.

Dengan penubuhan Perbadanan Pengurusan  Ahli Majlis Jawatankuasa yang dipilih pada AGM pertama telah diberi mandat untuk  mengelolakan dan bertanggungjawab mengurus dan menyelenggara harta bersama sebagaimana yang  dinyatakan dibawah seksyen 39,64 dan 64A Akta Hakmilik Strata 1985. 

Saya berharap dan berbesar hati supaya warga kondo dapat mengembelengkan tenaga dan usaha bersama-sama kami, bagi  menjaga harta serta memelihara kediaman kita dengan sempurna. Kami Ahli Majlis dengan sedaya kudrat yang ada berjanji akan menguruskan dengan penuh iltizam  serta berhemah dalam segala hal  demi pembangunan dan kemajuan kediaman kita bersama. Saya juga merayu supaya warga kondo dapat menunaikan tanggungjawap bersama dengan memantapkan kutipan Tabung Pengurusan Kewangan  supaya berada dalam paras yang selesa bagi Perbadanan tanpa menanggung masalah perbelanjaan demi mengekalkan tahap perkhidmatan yang lebih  unggul. 

Jika ada segala  kekurangan dan kelemahan dalam menguruskan Perbadanan ini atau  jika terdapat sebarang kesilapan atau kekurangan dalam mentadbir pengurusan kondo, ribuan kemaafan  kami mohonkan. Segala  teguran membina amatlah kami alu-alukan untuk membetulkan kepincangan demi meningkatkan tahap Pengurusan Perbadanan ini sesuai dengan Visi  :  Harta Kita Amanah Bersama dan Misi :  Kearah Menjadikan Kediaman Komuniti Kelas Pertama.

Sekian terima kasih.

Abdul Manaf b Debab
    
h/p:  013 – 3903285
kenariakondo@gmail.com

Thursday, May 14, 2009

Panduan Keselamatan - 10 Cara Cegah Kebakaran.






Panduan Keselamatan - Kebakaran.

Petikan berikut diambil daripada Portal Rasmi Bomba Pahang.


Kebakaran di Bangunan Kediaman Tinggi  
Thursday, 04 October 2007

Sekiranya anda tinggal disebuah pangsapuri atau rumah pangsa adalah wajar untuk anda mengetahui garis panduan keselamatan kebakaran yang berikut.


LIF
Jangan sekali-kali menggunakan lif semasa kebakaran kerana kemungkinan besar ianya tidak boleh digunakan. Sekiranya lif anda berhenti di tingkat yang terbakar, asap dan haba akan memasuki ruang lif dan anda mungkin terbunuh. Selain itu,anda mungkin terperangkap didalam lif disebabkan oleh bekalan elektrik terputus.

Anda hendaklah menggunakan tangga kerana ianya selamat. Tangga kecemasan direka bentuk untuk melindungi penghuni-penghuni ketika melepaskan diri semasa kebakaran.

 
TINDAKAN JIKA TERPERANGKAP
Sekiranya asap atau api menghalang laluan kecemasan anda, pintu serta tempat-tempat yang terbuka hendaklah ditutup bagi menghalang kemasukan api.

Sekiranya anda berada di tingkat dua atau lebih maka jangan sekali-kali terjun ke bawah melalui tingkap. Hubungilah pihak bomba dengan segera. Maklumkan kedudukan anda kepada pengawai bilik kawalan balai bomba. Jangan letakkan telefon sehingga mendapat kebenaran daripada pengawai bilik kawalan bomba.

Cuba dapatkan perhatian pasukan bomba dengan mengibarkan sehelai kain putih atau mengunakan cahaya lampu picit bagi mendapatkan perhatian.

Sekiranya tingkap boleh dibuka, buka sedikit di bahagian atas dan bahagian bawahnya. Dengan berbuat demikian udara bersih akan masuk melalui bawah dan asap akan keluar melalui bahagian atas tingkap yang telah di buka. Janga pecahkan tingkap. Jika asap masuk ke dalam bilik, tutup tingkap dengan segera.


KETAHUI KE ARAH MANA HENDAK DITUJU
Dalam sesetengah pangsapuri yang tinggi, tindakan paling selamat apabila terdengar loceng keselamatan berbunyi adalah dengan menunggu didalam pangsapuri anda sehingga pasukan Bomba sampai. Namun begitu, terdapat pangsapuri yang mempunyai pelan pengungsian bangunan yang memerlukan anda untuk pergi dan berkumpul ditempat yang selamat (safe zone) sehingga ketibaan pasukan bomba untuk mengawal tindakan pengungsian bangunan.

Adakah perbincangan dengan pihak pengurusan bangunan ataupun dengan Jabatan Bomba berhubung dengan perkara ini supaya anda tahu cara untuk bertindak lebih awal.

Pihak pengurusan bangunan anda mesti menampal pelan pengungsian bangunan pada tempat-tempat yang mudah dilihat oleh semua penghuni bangunan.


JIKA LOCENG PENGERA KECEMASAN BERBUNYI
Bagi tempat tinggal yang dilengkapi dengan penggera kebakaran, sekiranya anda terdengar loceng penggera kecemasan berbunyi di bangunan anda, patuhi arahan-arahan tersebut dan anda mungkin dimaklumkan supaya tidak panik.

Bergerak secara berhati-hati dengan memeriksa kepanasan setiap pintu yang anda temui serta kadar asap diruang tangga dan koridor. Sekiranya terdapat asap,cari jalan keluar yang lain.

Sekiranya anda gagal menemui jalan keluar yang lain, kembali semula ke bilik asal anda. Lindungilah diri anda daripada asap dan tunggu sehingga anda diselamatkan.

Semasa anda keluar, pastikan semua pintu di belakang anda di tutup bagi mengelakkan asap atau api merebak.

Sekiranya anda membuat keputusan untuk tidak keluar, ikutilah langkah-langkah keselamatan. Sentiasa berada dalam keadaan tenang serta lindungi diri anda daripada asap disamping menghubungi pihak bomba untuk memaklumkan kedudukan anda.

Kerja menyelamat mangsa di bangunan tinggi mungkin mengambil masa yang agak lama. Oleh itu, anda perlu tenang dan bersabar.
 

SENTIASA BERSEDIA
Biasakan diri anda dengan bunyi loceng kecemasan bangunan anda.

Kenalpasti kedudukan loceng kecemasan dibangunan serta cara untuk menggunakannya.

Ketahui sekurang-kurangnya dua jalan keluar untuk melepaskan diri termasuk tingkap-tingkap serta biasakan diri anda dengan semua jalan keluar.

Ketahui jalan terdekat menuju jalan pelepasan diri supaya anda mudah mencarinya walaupun dalam keadaan gelap.

Pilh satu tempat untuk berkumpul diluar bangunan supaya anda dan semua ahli keluarga berkumpul selepas keluar.